SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Berapakah minimum order (MOQ) untuk menghasilkan produk jenama sendiri?
MOQ bergantung kepada jenis produk, formula dan packaging yang dipilih. Kami menyediakan pilihan kuantiti yang berbeza mengikut keperluan projek, termasuk pilihan kuantiti rendah untuk produk tertentu.
Hubungi kami dan nyatakan produk yang anda berminat untuk mendapatkan MOQ yang tepat.
2. Berapa modal yang diperlukan untuk buat produk sendiri?
Modal bergantung kepada jenis produk, kuantiti, formula, bahan aktif dan pilihan packaging.
Kami boleh mencadangkan pilihan yang sesuai berdasarkan bajet dan konsep brand anda. Anda tidak semestinya perlu bermula dengan pengeluaran dalam kuantiti yang besar.
3. Berapa lama masa diperlukan untuk menghasilkan produk?
Tempoh bergantung kepada jenis projek.
Produk menggunakan ready formula dan packaging standard biasanya mempunyai proses yang lebih ringkas, manakala custom formulation atau custom packaging memerlukan masa tambahan.
Timeline pengeluaran akan diberikan selepas formula, packaging, kuantiti dan spesifikasi produk disahkan.
4. Boleh dapat sample sebelum buat bulk order?
Ya. Sample boleh disediakan sebelum anda meneruskan pengeluaran pukal.
Untuk custom formulation, proses sampling dan revision akan bergantung kepada pakej pembangunan formula yang dipilih.
5. Saya baru nak mula bisnes. Boleh buat dalam kuantiti kecil?
Boleh. Untuk produk tertentu, terdapat pilihan kuantiti rendah yang sesuai untuk founder yang mahu test market terlebih dahulu sebelum meningkatkan kuantiti pengeluaran.
MOQ sebenar bergantung kepada produk, formula dan packaging.
6. Boleh buat custom formula sendiri?
Boleh. Terdapat pilihan ready formula, semi-custom dan custom formulation bergantung kepada produk yang ingin dibangunkan.
Jika anda mempunyai reference produk, bahan aktif, tekstur atau konsep tertentu, hantarkan kepada kami untuk semakan.
7. Produk apa yang boleh dibuat?
Kami menyediakan pelbagai kategori produk termasuk:
Skincare
Makeup
Body Care
Hair Care
Supplement & Wellness
Setiap kategori mempunyai pilihan produk, formula dan MOQ yang berbeza.
8. Boleh guna nama dan brand saya sendiri?
Ya. Produk boleh dihasilkan menggunakan nama, logo dan identiti brand anda sendiri.
Pilihan label, printing dan packaging boleh disesuaikan mengikut jenis produk, kuantiti dan keperluan projek.
9. Saya belum ada logo dan design packaging. Boleh mula dahulu?
Boleh. Anda boleh mulakan dengan pemilihan produk dan formula terlebih dahulu.
Selepas konsep produk ditentukan, barulah pilihan packaging, label dan keperluan design disusun mengikut identiti brand anda.
10. Boleh pilih packaging sendiri?
Boleh. Anda boleh memilih daripada packaging yang tersedia atau memberikan reference packaging yang anda mahukan.
Pemilihan akhir bergantung kepada kesesuaian dengan formula, availability supplier, MOQ dan bajet.
11. Adakah produk kosmetik boleh dibuat notifikasi NPRA?
Ya, untuk produk kosmetik yang memerlukan notifikasi, proses boleh dibuat mengikut kategori produk dan keperluan semasa NPRA.
Keperluan sebenar akan disemak berdasarkan produk yang ingin anda hasilkan.
12. Macam mana nak mula buat produk jenama sendiri?
Anda hanya perlu berikan beberapa maklumat asas:
Jenis produk yang anda mahu
Anggaran kuantiti
Anggaran bajet
Ready formula atau custom formula
Reference produk atau packaging jika ada
Selepas itu, kami akan semak keperluan anda dan mencadangkan pilihan projek yang sesuai.
Sudah ada idea produk? Hantar inquiry dan bincangkan projek anda bersama kami.

